Kartun editorial di Malaysia Kartun politik

Sejarah kartun editorial di Malaysia bermula pada zaman penjajahan menerusi keluaran akhbar Warta Ahad sebagai edisi mingguan Warta Malaya pada tahun 1936, disusuli dengan tabloid Warta Jenaka pada tahun yang sama. Ini disusuli dengan Utusan Zaman yang menampilkan kartun-kartun editorial karya Ali Sanat yang berketengahkan seorang watak bernama Wak Ketok. Kartun Wak Ketok ini dikatakan sebagai perintis kepada bidang perusahaan kartun dan komik di Malaysia.[16]

Selepas negara merdeka, semakin ramai kartunis editorial yang menempah nama di akhbar-akhbar dan majalah-majalah tempatan yang terkemuka. Antara mereka ialah Datuk Lat yang melukis untuk akhbar Berita Harian dan New Straits Times, dan Zunar yang melukis untuk Malaysiakini.